
Menyingkirkan pori-pori yang tersumbat: Tips untuk Wajah Kekal Bersih
Apabila dilihat dengan lebih teliti pada kulit seluruhnya, terdapat liang-liang kecil yang tidak dapat dihitung. Pori-pori ini bertujuan untuk mengeluarkan bahan-bahan yang berbeza, misalnya, peluh untuk menyejukkan badan, begitu juga minyak untuk melindungi kulit dari terwap. Malangnya, zarah-zarah ini dapat berkumpul di bukaan liang, yang kemudiannya terperangkap di bawah kulit. Pelbagai faktor, misalnya ketidakseimbangan hormon juga dapat menghasilkan bahan buangan dan seterusnya memberikan hasil yang sama.
Pori-pori yang tersumbat boleh menjadi aktif, menyebabkan bintik hitam, jerawat, dan pustula. Keadaan kulit yang sebegini bukan hanya tidak menarik, tetapi juga boleh menyebabkan parut yang boleh mengambil masa berbulan-bulan bahkan bertahun untuk menghilangkannya. Seperti kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, sebab itulah pentingnya untuk membuang pori-pori yang tersumbat untuk memastikan wajah anda kekal bersih.
#1 Bersih ertinya bersih
Memandangkan langkah yang terbaik bagi mencegah pori ialah dengan menghalang bukaan pori, mungkin perkara terbaik yang dapat anda lakukan ialah dengan dengan menjaga kebersihan kulit secara konsisten. Cuci wajah anda setelah menghabiskan waktu yang lama di luar, sebelum tidur, dan ketika bangun tidur amatlah berkesan bagi menghalang pori daripada tersumbat memandangkan ia mampu membersihkan kekotoran yang telah terkumpul. Selain menggunakan item khas sebegitu, anda juga patut menyediakan bekas kecil yang mengandungi pembersih wajah atau tisu lembap pakai buang di dalam beg tangan anda supaya anda boleh membersihkan wajah anda dalam sebarang keadaan apabila anda tidak berada di rumah.
#2 Jangan Sentuh
Pori-pori yang tersumbat boleh menyebabkan pelbagai masalah daripada sekadar merengsa hingga meyebabkan kesakitan. Sesetengah orang akan cenderung untuk mula menyucuk, menggaru atau menolak kulit mereka dalam cubaan untuk mengurangkan masalah ini. Akan tetapi, tangan mungkin akan membawa mikrob dan sampah, terutamanya di sekitar hujung jari dan di celah-celah kuku. Menyentuh wajah anda hakikatnya memperkenalkan ia kepada lebih banyak komponen penyebab pori tersumbat. Segalanya boleh menjadi semakin teruk sekiranya pori yang telah tersumbat bertukar menjadi jerawat. Sekiranya anda mencuba memicit jerawat, misalnya, ia akan mengeluarkan bahan yang berisi sel kulit mati, kotoran, sampah, dan mikrob, yang kemudian akan bersentuhan dengan pori-pori yang lain pada kulit anda dan menyebabkan episod jerawat. Oleh itu, melainkan anda sedang membersihkan wajah anda, tidak ada sebab untuk anda terus menyentuhnya!
# Menjaga alam sekitar
Membersihkan wajah anda secara konsisten amatlah penting, walaubagaimanapun anda juga dapat melakukakan bahagian anda dengan mengurangkan jumlah kotoran yang perlu dibersihkan bagi sebarang kes. Ini lebih ketara apabila anda pergi ke luar, memandangkan wajah anda akan terdedah dengan pencemaran, habuk dan komponen-komponen luar yang lain. Mempunyai sempadan asas yang nyata seperti skaf di antara wajah anda dan persekitaran yang kotor secara luar biasanya akan mengurangkan jumlah kotoran yang boleh menyumbatkan pori anda. Namun begitu, ianya tidaklah bermakna bahawa anda tidak perlu menjaga keadaan semasa anda, terutamanya di dalam rumah anda. Adakah ianya kelihatan agak berhabuk di luar? Pastikan tingkap anda ditutup untuk menghalangnya daripada memasuki rumah anda dan mengotorkan keseluruhan ruang. Ingat, pori anda amat bergantung kepada kebersihan sesuatu kawasan itu.